Thursday 4 April 2013

PENGENALAN

Bandar Taiping yang pesat membangun kini mempunyai banyak nilai-nilai sejarah yang patut diketengahkan kepada masyarakat Malaysia. Dari sebuah Bandar pengeluar bijih timah terbesar satu ketika dulu Taiping kini lebih dikenali kerana keindahan alam semulajadinya. Atas dasar ini Kelab Sukan Majlis Perbandaran Taiping dan Kelab Basikal Taiping Rilex Riderz berhasrat mengembalikan kegemilangan warisan Taiping dengan mengadakan satu Jamboree (Mountain Bike) basikal bukit di Bukit Larut, Taiping.



Cerkayuh MTB Bukit Larut Vs Sup Tulang ( 0 - 10 km/j ) anjuran bersama ini akan berlangsung buat pertama kali di kawasan Bukit Larut. Acara ini amat sesuai dianjurkan di kawasan tersebut kerana mempunyai pelbagai kemudahan & kawasan sekitar yang sesuai untuk aktiviti rekreasi.

          Ia juga sebagai satu cara untuk mempromosikan aktiviti sukan alternatif & mengamalkan cara hidup sihat sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Belia & Sukan kepada rakyat Malaysia. Aktiviti ini juga sebagai satu proses yang menyumbang kepada membina remaja yang lebih cekal & berkeyakinan dalam proses mendidik para belia sendiri, seterusnya memupuk semangat cintakan alam sekitar.

         Ini juga sebagai salah satu cara dalam mempromosikan & mempopularkan kawasan pelancongan di kawasan Taiping khususnya dan Negeri Perak sendiri sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.