Friday, 12 July 2013

SYARAT-SYARAT UNTUK PENYERTAAN

Assalammualaikum. Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman kayuhan sebenar pada 7 Julai 2013 yang lalu melalui permit Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama ( mohon maaf tidak dapat mengwar-warkan kepada rakan-rakan rider yang lain kerena hanya mendapatkan 3 tempat rider sahaja untuk percubaan trek ) :-
1.      Hanya terbuka kepada peserta Basikal MTB ditahap Intermidiate ( atau pengalaman menyertai lebih daripada tiga ( 3 ) jambori ) dan Expert. Penyertaan untuk peserta " beginner " adalah tidak digalakkan memandangkan factor keselamatan. Pihak urusetia amat menghargai para rider untuk memastikan sendiri persediaan tahap kemampuan.
2.      Hanya basikal MTB yang dibenarkan untuk menyertai kayuhan ini.
3.      Memastikan keadaan baskal para rider dalam keadaan terbaik seperti berikut : -
a)      Tayar berbunga dan sesuai untuk pendakian
b)      System brek basikal dan berada dalam keadaan yang terbaik.
c)      Peralatan keselamatan tambahan seperti :-
·         Sarung tangan
·         Pad lutut & siku digalakkan
·         dan lain-lain jika ada
4.      Mempraktikkan kayuhan secara memberi keutamaan laluan ( give way ) bagi rider yang berkayuh di sebelah kanan dan yang menoleh di sebelah kiri.
5.      Peserta yang tamat kayuhan di puncak atau yang masih berada di dalam trek kayuhan adalah di wajibkan memberhentikan kayuhan setelah tiba sesi “ cut off time ” dan setiap peserta akan diberi tag  pada setiap lokasi ianya berhenti. Marshal akan memberi arahan lanjut kepada “ rider ” untuk memulakan Proses Kayuhan menuruni bukit setelah 5 – 10 minit Selepas “ cut off ”.
6.      Mohon kerjasama rakan-rakan rider untuk mematuhi speed circuit ( 1 – 15km/j ) semasa proses menuruni Bukit Larut untuk kembali ke Dataran Pavillion Zoo Taiping ( Penamat Kayuhan )
7.      Adalah di ingatkan bahawa medal pencapaian di nilai daripada kayuha di Puncak seperti berikut :-
a)      50 peserta pertama diberi medal + baju Raja Bukit Larut.
b)      51 – 350 peserta diberi medal. Adalah diingatkan tiada hadiah diberi kepada peserta yang kayuh menuruni Bukit Larut terpantas kerana bertujuan memastikan keselamatan kepada semua peserta.
8.      Lain-lain syarat adalah seperti di dalam borang penyertaan yang dilampirkan secara online.

PEMULA KATA


Assalammualaikum warahmatullah hibarakatu dan ucapan selamat kepada semua rider-rider. Kami di pihak urusetia dan jawatankuasa jambori mohon maaf atas kelewatan memaklumkan sebarang berita untuk jambori berbasikal MTB Bukit Larut 2013 ini atau lebih dikenali sebagai “ Cerkayuh MTB Bukit Larut vs Sup Tulang 2013 ”. 

Ini kerana pihak kami menghadapi kesukaran dan kesulitan dalam merealisasikan program ini di samping berusaha untuk mendapatan kelulusan untuk program ini kerana ianya terlalu berisiko untuk keselamatan dan pertama kali dianjurkan. Namun begitu perkara ini telah pun diselaraskan dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk penganjuran acara ini. 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, para rakan-rakan rider sekalian, pihak urusetia amat berterima kasih dan  mengharapkan sokongan rider-rider dan akan kami mengemaskini blog ini dri semasa ke semasa.