Friday, 12 July 2013

PEMULA KATA


Assalammualaikum warahmatullah hibarakatu dan ucapan selamat kepada semua rider-rider. Kami di pihak urusetia dan jawatankuasa jambori mohon maaf atas kelewatan memaklumkan sebarang berita untuk jambori berbasikal MTB Bukit Larut 2013 ini atau lebih dikenali sebagai “ Cerkayuh MTB Bukit Larut vs Sup Tulang 2013 ”. 

Ini kerana pihak kami menghadapi kesukaran dan kesulitan dalam merealisasikan program ini di samping berusaha untuk mendapatan kelulusan untuk program ini kerana ianya terlalu berisiko untuk keselamatan dan pertama kali dianjurkan. Namun begitu perkara ini telah pun diselaraskan dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk penganjuran acara ini. 

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, para rakan-rakan rider sekalian, pihak urusetia amat berterima kasih dan  mengharapkan sokongan rider-rider dan akan kami mengemaskini blog ini dri semasa ke semasa.