Terima kasih kepada semua rakan-rakan rider dari seluruh Malaysia yang sudi menyertai CMBLVSST 2013. Saya selaku pengerusi kejohanan mewakili rakan-rakan urusetia memohon beribu ampun dan maaf segala kesilapan dan kekurangan sepanjang penganjuran.
KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENUNTUT BEG GOODIES
Untuk makluman, masih ada baju peserta yang masih belum dituntut dan kepada yang terlibat, sila hubungi urusetia untuk tuntutan. Segala kos penghantaran yang terlibat akan dicajkan kepada tuan. Tarikh tutup untuk menuntut baju peserta ialah pada 22/10/2013 iaitu dalam masa sebulan selepas aktiviti berlangsung.
KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENDAPAT BAJU
Kepada yang tiada baju semasa proses pendaftaran, anda akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk pengantian. Untuk makluman, pihak urusetia sedang mengaudit bilangan baju yang bakal ditempah.
KEPADA RIDERZ YANG BERMINAT MEMBELI BAJU
Boleh membuat pembayaran ke akaun Aktiviti Berbasikal MPT di akaun CIMB : 08030004815205. Sila nyatakan nama, saiz baju, dan alamat untuk dihantar/dipos.Kos penghantaran adalah dibawah pihak tuan/puan.
Oleh yang demikian, pihak kami akan cuba membaiki prestasi kejohanan pada masa akan datang dan Insya Allah, pada jambori akan datang kita akan buat yang lebih baik. Adalah diharapkan sokongan para rakan riderz berterusan dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran. Kejayaan penganjuran pertama yang lalu telah memperoleh kelulusan untuk kejohanan kali kedua tahun hadapan dan Insya Allah dijadikan penganjuran tahunan sukan Pelancongan di Taiping. Terima kasih kepada semua!
Sunday, 29 September 2013
Monday, 16 September 2013
PENGUMUMAN PENDAFTRAN!
TARIKH : 21/09/2013
TEMPAT : DATARAN PAVILLION, ZOO TAIPING
MASA : 10 PAGI - 11 MALAM
* Sila bawa bersama resit bayaran sebagai bukti pembayaran
* Pastikan segala keperluan keselamatan diri dan basikal di periksa dan berada dalam keadaan selamat.
ATUR CARA ( 22/09/2013)
7.00 Pagi - Pendaftaran ahli dan kehadiran peserta dilokasi permulaan / perlepasan
7.30 Pagi - Ketibaan tetamu terhormat
7. 45 Pagi - Pelancaran Perasmian
10.30 Pagi - Cut off peserta
11.00 Pagi - Penurunan peserta dari puncak ke bawah
12 tgh/hri - Makan tengahari
Ucapan Penutup
Cabutan Bertuah
Penyampaian Jersi Raja Bukit Larut ( 50 peserta )
ACARA-ACARA LAIN YANG BERLANGSUNG :-
1. Kayuhan Kedamaian ( funride ) - anjuran NGO
2. Pameran Polis Diraja Malaysia
3. Pameran Basikal Klasik dll.
Subscribe to:
Posts (Atom)