Sunday 29 September 2013

PENUTUPAN JAMBORI CMBLVSST

Terima kasih kepada semua rakan-rakan rider dari seluruh Malaysia yang sudi menyertai CMBLVSST 2013. Saya selaku pengerusi kejohanan mewakili rakan-rakan urusetia memohon beribu ampun dan maaf segala kesilapan dan kekurangan sepanjang penganjuran.

KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENUNTUT BEG GOODIES

Untuk makluman, masih ada baju peserta yang masih belum dituntut dan kepada yang terlibat, sila hubungi urusetia untuk tuntutan. Segala kos penghantaran yang terlibat akan dicajkan kepada tuan. Tarikh tutup untuk menuntut baju peserta ialah pada 22/10/2013 iaitu dalam masa sebulan selepas aktiviti berlangsung.

KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENDAPAT BAJU

Kepada yang tiada baju semasa proses pendaftaran, anda akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk pengantian. Untuk makluman, pihak urusetia sedang mengaudit bilangan baju yang bakal ditempah.

KEPADA RIDERZ YANG BERMINAT MEMBELI BAJU

Boleh membuat pembayaran ke akaun Aktiviti Berbasikal MPT  di akaun CIMB : 08030004815205. Sila nyatakan nama, saiz baju, dan alamat untuk dihantar/dipos.Kos penghantaran adalah dibawah pihak tuan/puan.

Oleh yang demikian, pihak kami akan cuba membaiki prestasi kejohanan pada masa akan datang dan Insya Allah, pada jambori akan datang kita akan buat yang lebih baik. Adalah diharapkan sokongan para rakan riderz berterusan dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran. Kejayaan penganjuran pertama yang lalu telah memperoleh kelulusan untuk kejohanan kali kedua tahun hadapan dan Insya Allah dijadikan penganjuran tahunan sukan Pelancongan di Taiping. Terima kasih kepada semua!