Wednesday, 29 May 2013
Pengumuman!!
Maklumat program ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Memandangkan pihak penganjur masih bermesyuarat utk design baju, test trek, organisasi program dan lain-lain. Oleh yang demikian, jika terdapat sebarang kesilapan maklumat dan kelewatan mengemaskini blog harap di maafkan. CUMA PIHAK URUSETIA MENGESAHKAN BAHAWA TARIKH 22.9.2013 ADALAH TARIKH MUKTAMAD UNTUK PROGRAM INI. Diharap para riderz dapat meluangkan masa bersama program ini seperti tarikh ini dan kami amat mengharapkan feed back dari riderz untuk memantapkan aktiviti ini...CERKAYUH MTB BUKIT LARUT VS SUP TULANG...admin: Taiping Relax Riderz
Sunday, 26 May 2013
TEST TREK
PENGUMUMAN PENTING ! (TERKINI) :-
Hasil perbincangan, keputusan telah dimuktamad bahawa test trek pada 9.6.2013 (ahad) jam 7 pagi diTANGGUHkan. Pihak pengajur memohon kemaafan atas penangguhan aktiviti ini. Tarikh baru untuk test trek ini akan dimaklumkan kelak. Sekian terima kasih
Thursday, 4 April 2013
PENGENALAN
Bandar
Taiping yang pesat membangun kini mempunyai banyak nilai-nilai sejarah yang
patut diketengahkan kepada masyarakat Malaysia. Dari sebuah Bandar pengeluar
bijih timah terbesar satu ketika dulu Taiping kini lebih dikenali kerana
keindahan alam semulajadinya. Atas dasar ini Kelab Sukan Majlis Perbandaran
Taiping dan Kelab Basikal Taiping Rilex Riderz berhasrat mengembalikan
kegemilangan warisan Taiping dengan mengadakan satu Jamboree (Mountain Bike)
basikal bukit di Bukit Larut, Taiping.
Cerkayuh MTB Bukit Larut Vs Sup Tulang ( 0 - 10 km/j ) anjuran bersama ini akan berlangsung buat pertama kali di kawasan Bukit
Larut. Acara ini amat sesuai dianjurkan di kawasan tersebut kerana mempunyai
pelbagai kemudahan & kawasan sekitar yang sesuai untuk aktiviti rekreasi.
Ia juga sebagai satu cara untuk mempromosikan aktiviti sukan alternatif & mengamalkan cara hidup sihat sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Belia & Sukan kepada rakyat Malaysia. Aktiviti ini juga sebagai satu proses yang menyumbang kepada membina remaja yang lebih cekal & berkeyakinan dalam proses mendidik para belia sendiri, seterusnya memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Ini juga sebagai salah satu cara dalam mempromosikan & mempopularkan
kawasan pelancongan di kawasan Taiping khususnya dan Negeri Perak sendiri
sebagai destinasi pelancongan di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)