Terima kasih kepada semua rakan-rakan rider dari seluruh Malaysia yang sudi menyertai CMBLVSST 2013. Saya selaku pengerusi kejohanan mewakili rakan-rakan urusetia memohon beribu ampun dan maaf segala kesilapan dan kekurangan sepanjang penganjuran.
KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENUNTUT BEG GOODIES
Untuk makluman, masih ada baju peserta yang masih belum dituntut dan kepada yang terlibat, sila hubungi urusetia untuk tuntutan. Segala kos penghantaran yang terlibat akan dicajkan kepada tuan. Tarikh tutup untuk menuntut baju peserta ialah pada 22/10/2013 iaitu dalam masa sebulan selepas aktiviti berlangsung.
KEPADA RIDERZ YANG TIDAK MENDAPAT BAJU
Kepada yang tiada baju semasa proses pendaftaran, anda akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk pengantian. Untuk makluman, pihak urusetia sedang mengaudit bilangan baju yang bakal ditempah.
KEPADA RIDERZ YANG BERMINAT MEMBELI BAJU
Boleh membuat pembayaran ke akaun Aktiviti Berbasikal MPT di akaun CIMB : 08030004815205. Sila nyatakan nama, saiz baju, dan alamat untuk dihantar/dipos.Kos penghantaran adalah dibawah pihak tuan/puan.
Oleh yang demikian, pihak kami akan cuba membaiki prestasi kejohanan pada masa akan datang dan Insya Allah, pada jambori akan datang kita akan buat yang lebih baik. Adalah diharapkan sokongan para rakan riderz berterusan dan mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran. Kejayaan penganjuran pertama yang lalu telah memperoleh kelulusan untuk kejohanan kali kedua tahun hadapan dan Insya Allah dijadikan penganjuran tahunan sukan Pelancongan di Taiping. Terima kasih kepada semua!
Sunday, 29 September 2013
Monday, 16 September 2013
PENGUMUMAN PENDAFTRAN!
TARIKH : 21/09/2013
TEMPAT : DATARAN PAVILLION, ZOO TAIPING
MASA : 10 PAGI - 11 MALAM
* Sila bawa bersama resit bayaran sebagai bukti pembayaran
* Pastikan segala keperluan keselamatan diri dan basikal di periksa dan berada dalam keadaan selamat.
ATUR CARA ( 22/09/2013)
7.00 Pagi - Pendaftaran ahli dan kehadiran peserta dilokasi permulaan / perlepasan
7.30 Pagi - Ketibaan tetamu terhormat
7. 45 Pagi - Pelancaran Perasmian
10.30 Pagi - Cut off peserta
11.00 Pagi - Penurunan peserta dari puncak ke bawah
12 tgh/hri - Makan tengahari
Ucapan Penutup
Cabutan Bertuah
Penyampaian Jersi Raja Bukit Larut ( 50 peserta )
ACARA-ACARA LAIN YANG BERLANGSUNG :-
1. Kayuhan Kedamaian ( funride ) - anjuran NGO
2. Pameran Polis Diraja Malaysia
3. Pameran Basikal Klasik dll.
Thursday, 1 August 2013
PENGUMUMAN TAMBAHAN
Kayuhan Kedamaian Taiping 2013 anjuran " Taiping Peace Initiatif " dan " Partners for Peace Malaysia " akan di adakan seperti berikut :-
PADA : 22hb September 2013 ( Ahad )
WAKTU PELEPASAN :
8.15pagi ( selepas waktu pelepasan JMBLVSP )
TEMPAT PELEPASAN :
Juga di DATARAN PAVILLION ZOO TAIPING
Penyertaan terbuka kepada SEMUA JENIS BASIKAL secara FUNRIDE dan YURAN PENDAFTARAN serendah bernilai RM 5.00. Minum pagi disediakan. Jika berminat boleh menghubungi En. Halim ( 012-2984061 )
Friday, 12 July 2013
SYARAT-SYARAT UNTUK PENYERTAAN
Assalammualaikum. Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman kayuhan
sebenar pada 7 Julai 2013 yang lalu melalui permit Pejabat Daerah Larut Matang
dan Selama ( mohon maaf tidak dapat mengwar-warkan kepada rakan-rakan rider
yang lain kerena hanya mendapatkan 3 tempat rider sahaja untuk percubaan trek )
:-
1. Hanya
terbuka kepada peserta Basikal MTB ditahap Intermidiate ( atau pengalaman
menyertai lebih daripada tiga ( 3 ) jambori ) dan Expert. Penyertaan untuk
peserta " beginner " adalah tidak digalakkan memandangkan factor keselamatan. Pihak
urusetia amat menghargai para rider untuk memastikan sendiri persediaan tahap
kemampuan.
2. Hanya
basikal MTB yang dibenarkan untuk menyertai kayuhan ini.
3. Memastikan
keadaan baskal para rider dalam keadaan terbaik seperti berikut : -
a) Tayar
berbunga dan sesuai untuk pendakian
b) System
brek basikal dan berada dalam keadaan yang terbaik.
c) Peralatan
keselamatan tambahan seperti :-
·
Sarung tangan
·
Pad lutut & siku digalakkan
·
dan lain-lain jika ada
4. Mempraktikkan
kayuhan secara memberi keutamaan laluan ( give way ) bagi rider yang berkayuh di
sebelah kanan dan yang menoleh di sebelah kiri.
5. Peserta
yang tamat kayuhan di puncak atau yang masih berada di dalam trek kayuhan
adalah di wajibkan memberhentikan kayuhan setelah tiba sesi “ cut off time ”
dan setiap peserta akan diberi tag pada
setiap lokasi ianya berhenti. Marshal akan memberi arahan lanjut kepada “ rider
” untuk memulakan Proses Kayuhan menuruni bukit setelah 5 – 10 minit Selepas “
cut off ”.
6. Mohon
kerjasama rakan-rakan rider untuk mematuhi speed circuit ( 1 – 15km/j ) semasa
proses menuruni Bukit Larut untuk kembali ke Dataran Pavillion Zoo Taiping (
Penamat Kayuhan )
7. Adalah
di ingatkan bahawa medal pencapaian di nilai daripada kayuha di Puncak seperti
berikut :-
a) 50
peserta pertama diberi medal + baju Raja Bukit Larut.
b) 51
– 350 peserta diberi medal. Adalah diingatkan tiada hadiah diberi kepada
peserta yang kayuh menuruni Bukit Larut terpantas kerana bertujuan memastikan
keselamatan kepada semua peserta.
8. Lain-lain
syarat adalah seperti di dalam borang penyertaan yang dilampirkan secara
online.
PEMULA KATA
Assalammualaikum warahmatullah hibarakatu dan ucapan selamat kepada semua rider-rider. Kami di pihak urusetia dan jawatankuasa jambori mohon maaf atas kelewatan memaklumkan sebarang berita untuk jambori berbasikal MTB Bukit Larut 2013 ini atau lebih dikenali sebagai “ Cerkayuh MTB Bukit Larut vs Sup Tulang 2013 ”.
Ini kerana pihak kami menghadapi kesukaran dan kesulitan dalam merealisasikan program ini di samping berusaha untuk mendapatan kelulusan untuk program ini kerana ianya terlalu berisiko untuk keselamatan dan pertama kali dianjurkan. Namun begitu perkara ini telah pun diselaraskan dan mendapat kelulusan dari pihak berkuasa untuk penganjuran acara ini.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, para rakan-rakan rider sekalian, pihak urusetia amat berterima kasih dan mengharapkan sokongan rider-rider dan akan kami mengemaskini blog ini dri semasa ke semasa.
Wednesday, 29 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)